Sonadon

Sosialisme & Islam ?

Saturday, January 1, 2011

Perbandingan Sosialisme dengan Islam

Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan sosialisme bukan sahaja tidak baik daripada segi asalnya tetapi juga dari segi dasar.
Amalan dan tindakan adalah:

  • Menjadikan kebendaan sebagai dasar utama dalam hidup tanpa meletakkan agama di tempat yang pertama sehingga tidak mempunyai perhitungan halal dan haram menurut akidah dan kaedah Islam.
  • Tidak betul di dalam mengendalikan milik umum sehingga menjejaskan kebebasan orang perseorangan dan merampas hak-hak mereka.
  • Bercanggah dengan fitrah manusia yang bersifat rohani dan jasmani, ananiah dan ijtima’iah (bermasyarakat).
  • Menghapuskan semangat bekerja kepada orang perseorangan.
  • Menghapuskan rasa bertanggungjawab pada urusan yang dipegang sehingga menjejaskan negara dari segi ekonomi yang menjadi matlamat penting kepada ajaran ini, apabila orang yang ditugaskan merasakan tugas dan hasil pekerjaannya bukan miliknya.

Akhirnya, Sosialisme mengalami nasib yang sama dengan Komunisme dan Kapitalisme. Gagal menyelesaikan masalah manusia sejagat, terdedah keburukan yang membawa kerunyuhan akhlak dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan lain-lain sehingga memaksa pemimpinnya menjadi contoh yang tidak baik menyembunyikan kesilapan mereka dan kelemahan ajaran yang diperjuangkan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya menggunakan penipuan melalui media massa yang dikuasai mereka dan kadang-kadang menggunakan kekerasan, penindasan ke atas rakyat yang cuba menegur dan membetulkan keadaan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ