Sonadon

Muqallibal QULUB

Saturday, January 1, 2011

Muqallibal Qulub ?
Bermaksud : Si pengolah hati /pemengang segala hati

So , Siapa ek ?

Hati ini hanya Allah sahaja yang mampu pegang.

"dan dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana"

(8:63)


Lihatlah betapa rumit nya hati. Begitu sukar untuk dijaga. Kerana bisikan-bisikan syaitan itu akan datang dan pergi untuk menggoyahkan hati.

Kerana itulah hati kita mesti diisi dengan iman semata-mata dan sedikit pun karat-karat jahiliyah itu mesti kita kikis agar ia tidak akan mengganggu iman untuk mengemudi diri kita. :)

"Dunia cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat"


Lantas, kalau kita mahukan cinta Allah, kita perlu buang kemaksiatan itu.

Apabila maksiat dan dosa makin berkurang, maka kita mudah merasa kemanisan iman. Iman ini hebat. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu jugalah seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan"

(Sahih Muslim)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ