Sonadon

Pemukau Terbesar Di Dunia

Sunday, January 2, 2011

Naftahul Post bi bismillahirahmanirahim ..



PARA PENCARI TUHAN ATAU PARA PENCARI TV ?



Bentuk penguasaan yang paling besar adalah apabila kamu rasa kamu bebas tetapi kamu sedang dimanipulasi. Satu bentuk manipulasi adalah apabila kamu berada di dalam penjara.


Kamu boleh lihat tiang besi itu dan menyentuhnya. Yang lagi satu adalah kamu di dalam penjara tetapi kamu tidak boleh melihat tiang penjara itu dan berasa bebas. Apa yang manusia sedang deritakan adalah pemukauan.

Kita sedang dipukau oleh orang seperti ini :

Penerbit surat khabar, ahli politik, guru-guru di seko
lah dan universiti. Kita sedang berada dibawah pemerintahan orang-orang yang begitu gila. Jurang perbezaan di antara apa yang diberitahu, dan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Adalah teramat besar. Pemukau paling kuat di dunia adalah sebuah kotak (televisyen) di sesuatu bilik. Ia sedang memberitahu kita apa yang sepatutnya di percayai adalah benar.





..apa yang sepatutnya di percayai adalah benar
...
fakta yang benar dicapur adukkan dengan pembohongan



Dan apabila syarikat ke-12 terbesar di dunia ini mengawal kuasa paling besar propaganda dalam dunia ini, siapa tahu benda yang akan didedahkan dalam rangkaian ini? Jadi KITA perlu faham.
Televisyen bukanlah kebenaran. Televisyen hanyalah sebuah ‘taman rekreasi’. Televisyen adalah sebuah sarkas, karnival, pencerita, penari, penyanyi, dan penjinak singa serta pemain-pemain bola sepak atau keseluruhannya boleh di katakan sebagai sebuah ilusi. Jadi kalau kamu mahu kebenaran, rujuklah tuhan kamu (melalui al-Quran). Rujuklah nabi kamu (melalui sunnah). Rujuklah guru-guru kamu. Rujuklah diri kamu sendiri. Kerana di situ sajalah kamu akan menemukan kebenaran yang sebenar.
Kamu tidak akan dapat memperolehi kebenaran yang di ingini daripada mereka yang terlibat dalam penyebaran maklumat yang telah diputarbelit melalui ‘tiub’ (televisyen) ini. Dan dalang disebalik semua ini (golongan illumiati) atau FREEMASON, akan memberitahu apa-apa sahaja mereka mahu. Mereka terus menipu dan memfitnah dibalik fakta kebenaran (fakta yang benar dicapur adukkan dengan pembohongan).

Dan walaupun banyak mana masalah-masalah yang di hadapi oleh ‘wira-wira’ mereka, mereka tidak risau. Tengoklah jam kamu, dan pada bila-bila masa mereka mendapat kemenangan. Mereka ini akan memberitahu kamu apa sahaja benda yang mengarut yang kamu mahu dengarkan.

Mereka melakukan ilusi disini. Ianya tidak benar. Tetapi kamu yang duduk di situ hari demi hari, malam demi malam, semua peringkat umur, warna kulit, merekalah apa yang kamu tahu. Kamu telah mula mempercayai ilusi yang mereka buat dan yang mereka putar belitkan.


Kamu mula mempercayai yang ‘tiub’ (televisyen) ini adalah kebenaran dan kehidupan kamu semua sebenarnya tidak wujud. Kamu buat apa sahaja yang ‘tiub’ itu suruh buat, kamu pakai seperti ‘tiub’, kamu makan seperti ’tiub’, kamu juga berfikir seperti ‘tiub’, ia adalah sebuah penyakit.



MINDA MANUSIA YANG MEMBACA ADALAH MINDA YANG BEBAS !


Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit ini adalah dengan mengamalkan budaya membaca buku-buku ilmiah.

Mengapa pula membaca?
  • Kerana ia adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan minda kamu dari fitnah dan pembohongan media.

Cuba kamu kaji, agama manakah yang menekankan amalan membaca sebagai suatu kepentingan?. Kamu akan dapati ianya adalah islam.

Kamu inginkan buktinya?

  • Saya ingin bertanya kepada kamu apakah kalimah yang pertama sekali ?

Justeru itu kamu akan dapati kalimah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah Iqra’. Apakah yang di maksudkan dengan Iqra’? Iqra’ beerti ‘bacalah’.

Bermakna Allah S.W.T. tidak memulakan komunikasi-Nya dengan umat Muhammad S.A.W. dengan kalimah ‘sujudlah’ atau ‘ingatlah’ atau ‘berjuanglah’ dan sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang tersirat dan besar yang di sebalik ketentuan-Nya ini.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ