Sonadon

... Kita Tau ? Kita POWER ! .. & ISLAM

Saturday, December 18, 2010

Naftahul Post Bil Bismillah..

Assalamualaikum wrt wbh

Segala puja puji milik Allah, selawat dan salam keatas junjungan
besar kita Rasulullah SAW, para ahlinya, para sahabat dan
pengikutnya yg setia hingga ke akhir zaman


Francis Bacon dalam bukunya New Atlantis meyakinkan bahawa ilmu
pengetahuan tidak dapat dielakkan lagi harus menggantikan agama dan
bahawa ilmu pengetahuan ilmiah telah memberikan manusia keupayaan
penuh atas kekuatan-kekuatan alam yang kelak akan mewujudkan syurga
dunia dengan kenyamanan, kemakmuran serta kebahagiaan. Ia
menjanjikan pada kita bahawa ilmu pengetahuan akan dapat
menghindarkan kematian, usia lanjut, penyakit, perang sehingga semua
manusia akan hidup dalam kebahgiaan.

Berabad teori modernisme dilagukan, dicanang, diserapkan di seluruh
pelosok dunia dan di dalam setiap keluarga. Ramai juga yang
terpesona olehnya.

Kenapa mesti kembali kepada Islam sebagai cara hidup…..kerana
peradaban materialistic hanya memberikan satu petunjuk kearah lebih
banyak peperangan, kezaliman, kegawatan ekonomi, penindasan dan
ketidakadilan.

Meskipun ilmu pengetahuan, teknologi dan ekonomi mengalami kemajuan
pesat namun ideology peradaban barat tidak pernah
berubah….kemahuannya supaya keyakinan umat Islam terhadap Islam
yang
syumul terus berubah dan berubah tidak akan berubah-ubah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ