Sonadon

CintaKU Ala Saintifik

Wednesday, December 29, 2010




Naftahul post bibismillah ..





Suatu Hari lepas 200 jam di dalam Makmal sains .... akibat taksub dengan sains ..
Dua pasangan berbincang pasal diorang nye Soal Haty ..


Dengan romantiknya ..
kisahnya bermula ...




Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random'
yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
perolakan.


Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.


Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.


Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
plasmolis.


Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



Hah ! Cinta pada sesuatu yang lebih dari cintai allah ,

rasul dan orang beriman ... Kelak makan diri ..
Cintailah yang Maha mencintai..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Dibawa terbaek dari ladang melalui ABCDEFGH | ISLAM | JKLMNOPQRSTUVWXYZ